Kementerian Kesihatan Malaysia
Ministry overview
JurisdictionMalaysia
HeadquartersKementerian Kesihatan Malaysia, Aras 13, Blok E7, Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Putrajaya, 62590 PUTRAJAYA.
Bendera Putrajaya
, Malaysia
Minister responsible
  • Y.B. DATO' SERI DR. S. SUBRAMANIAM
Deputy Minister responsible
  • Y.B. DATO' SERI DR. HILMI BIN YAHAYA
Ministry executive
  • DATUK FARIDA MOHD ALI, Chief Secretary
Child agencies
  • Hospital Kuala Lumpur
  • Hospital-Hospital Umum Kerajaan di Malaysia
Websitewww.moh.gov.my

TABUNG BANTUAN PERUBATAN (TBP) edit

Tabung Bantuan Perubatan (TBP) sejak tabung itu diwujudkan pada 2005. TBP diwujudkan bagi membiayai sebahagian atau sepenuhnya kos rawatan, peralatan perubatan, peralatan rehabilitasi dan ubat-ubatan yang tidak disediakan di hospital kerajaan kepada pesakit-pesakit yang tidak berkemampuan[1].


GARIS PANDUAN PEMBERIAN BANTUAN DI BAWAH TABUNG BANTUAN PERUBATAN (TBP)[2]


 
Simbol Untuk Orang Kurang Upaya (OKU)

1. SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara Malaysia.
  • Pesakit miskin / kurang mampu yang disokong oleh Pegawai Kerja Sosial Perubatan atau Jabatan Kebajikan Masyarakat.
  • Pesakit yang dirujuk oleh Hospital Kerajaan.
  • Orang Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.


 
Pembiayaan sepenuhnya atau sebahagian kos pembelian ubat-ubatan yang dibekalan Hospital Kerajaan



2. JENIS-JENIS BANTUAN YANG DIPERTIMBANGKAN

  • Membiayai sepenuhnya atau sebahagian kos rawatan perubatan yang kemudahan tersebut tidak terdapat di Hospital Kerajaan;
  • Membiayai sepenuhnya atau sebahagian kos pembelian ubat-ubatan yang tidak dibekalkan oleh Hospital Kerajaan tetapi telah berdaftar dengan Biro Farmasutikal Kebangsaan; dan
  • Membiayai sepenuhnya atau sebahagian kos pembelian peralatan perubatan serta peralatan untuk tujuan rehabilitasi dan meningkatkan kefungsian yang tidak dibekalkan oleh Hospital Kerajaan.


3. JENIS-JENIS BANTUAN YANG TIDAK DIPERTIMBANGKAN

  • Pembayaran ujian-ujian makmal dan diagnostic;
  • Rawatan bagi masalah kemandulan (infertility);
  • Kaedah rawatan yang baru dan belum terbukti keberkesanannya;
  • Rawatan bagi pembedahan plastik untuk tujuan meningkatkan atau mengembalikan kefungsian akan dipertimbangkan tetapi bantuan untuk pembedahan estetik tidak dipertimbangkan; dan
  • Rawatan berterusan yang mana sebahagian dari kos rawatan sedang dibiayai oleh badan-badan lain.


PESAKIT YANG TIDAK LAYAK edit

Kakitangan kerajaan atau pesara kerajaan atau anggota keluarga kakitangan Kerajaan yang mendapat faedah perubatan di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2001, Perlaksanaan Kemudahan Perubatan (JPA).


JENIS-JENIS BANTUAN YANG TIDAK DIPERTIMBANGKAN edit

  • Pembayaran ujian-ujian makmal dan diagnostic;
  • Rawatan bagi masalah kemandulan (infertility);
  • Kaedah rawatan yang baru dan belum terbukti keberkesanannya;
  • Rawatan bagi pembedahan plastik untuk tujuan meningkatkan atau mengembalikan kefungsian akan dipertimbangkan tetapi bantuan untuk pembedahan estetik tidak dipertimbangkan; dan
  • Rawatan berterusan yang mana sebahagian dari kos rawatan sedang dibiayai oleh badan-badan lain.


PROSEDUR UNTUK MEMOHON edit

  • Pesakit boleh mendapatkan borang permohonan daripada:
  • Urusetia Tabung Bantuan Perubatan (TBP) di alamat seperti berikut:

Kementerian Kesihatan Malaysia,

Bahagian Kewangan,

Aras 7, Blok E7, Parcel 7,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62518 Putrajaya.

Tel : 03-8883 3100 / 3105

Fax : 03-8883 4389 / 4364

  • Borang permohonan ini juga boleh didapati daripada mana-mana Hospital Kerajaan (Unit Kerja Sosial Perubatan / Unit Kebajikan Perubatan) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
  • Pemohon hanya perlu mengisi borang A, manakala borang B akan diisi oleh Pegawai Kerja Sosial Perubatan daripada Hospital-hospital Kerajaan atau Jabatan Kebajikan Masyarakat.
  • Borang yang telah lengkap hendaklah diserahkan kepada Pegawai Kerja Sosial Perubatan di Hospital-hospital Kerajaan atau terus ke alamat di atas.


PERTANYAAN


Sebarang pertanyaan berkaitan dengan garis panduan ini boleh dikemukakan terus kepada pihak urusetia TBP di alamat di atas ataupun menghubungi Tel: 03-8883 3100/ 3105.


Bersama-sama menjaga kesihatan kita.